manfaat batu menurut warna permata


Manfaat batu permata

Tahukah anda bahwa batu permata memiliki banyak kegunaan?  Kegunaannya dapat berbeda – beda pada setiap warna :

WARNA MERAH

Jenis Batu Permata/Kristal:
Batu Delima, Garnet Merah, Jasper Merah, Coral, Almandine, Nilam Merah, Spinal, Akik Merah dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna merah

Keterangan :
Warna darah dan hangat. Warna berkaitan kepantasan dan stamina. Kadar getaran terendah dan jarak gelombang cahaya terpanjang (Lembu tidak boleh melihat warna merah tetapi mampu merasai getaran warna merah)

Kegunaan Terapi:
a) Mengawal buah pinggang, pundi dan bahagian bawah badan
b) Merangsang jantung, paru-paru, meningkatkan tekanan darah
c) Membantu penyerapan zat besi dan oksigen
d) Membina sel darah merah dan meningkatkan stamina.
e) Warna merah bertindak sebagai perangsang seks
f) Bagus untuk kanak-kanak sekolah
g) Untuk mengurangkan arthritis, tangan dan kaki sejuk dan tekanan darah rendah

WARNA ORANGE

Jenis Batu Permata/Kristal:
Kuartza Orange, Jasper Orange, Akik orange, Amber Orange, Carnelian Orange dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna orange

Keterangan:

Warna untuk kesehatan, kegembiraan dan motivasi

Kegunaan Terapi:

a)  Membantu merawat masalah berkaitan sistem pencernaan, paru-paru, pankreas dan limpa
b) Pembuka selera dan sebagai perangsang seks
c) Sesuai untuk ibu yang sedang menyusui bayi
d) Membantu mengurangkan kahak, asma, kejang, osteoperosis dan kemurungan

WARNA KUNING

Jenis Batu Permata/Kristal:
Citrine, Kuartza Kuning, Manikam (Topaz) Kuning, Nilam Kuning, Akik Kuning, Amber Kuning dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna kuning

Keterangan:

Warna matahari dan warna asas kepada kehidupan. Tenaga yang baik dari matahari terdapat dalam batu permata asli. Warna kebijaksanaan dan dapat merehatkan minda. Dikenali sebagai ‘desicive yellow’ (kuning ketegasan)

Kegunaan Terapi:

Menguatkan sistem saraf, sistem ketahanan badan dan fikiran
b) Membantu mengurangkan gangguan sistem penghadaman dan alergi
c) Membantu badan membuang toksin melalui kulit contoh ekzema, jerawat. Gunakan warna ini untuk melawan bakteria
d) Membaiki masalah kencing manis dan kegemukan
e) Melegakan masalah kekurangan kalsium
f) Letakkan kristal berwarna kuning/oren berhampiran meja komputer untuk mengurangkan radiasi dan meningkatkan konsentrasi.

WARNA HIJAU

Jenis Batu Permata/Kristal:
Jed, Aventurine, Zamrud, Malakit Hijau, Akik Hijau, Zirkon Hijau dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna hijau

Keterangan :

Warna semula jadi yang melambangkan keseimbangan kasih sayang, kesihatan, kecantikan, kegembiraan dan pemikiran yang tegas

Kegunaan Terapi:

a)  Membantu melegakan badan dan minda ketika menghadapi tekanan
b) Menyeimbangkan emosi
c) Menstabilkan tekanan darah, kandungan asid dan alkali dalam badan
d) Membantu mengurangkan kulit berminyak, jerawat dan tekanan
e) Gunakannya jika ingin mendapatkan ilham
f) Digunakan untuk rawatan terkejut, tekanan, demam dan ketakcernaan

WARNA BIRU

Jenis Batu Permata/Kristal:

Nilam Biru, Lapis Lazuli, Turquoise, Kuartza Biru, Akuamarin Biru, Blue Sandstone dan lain-lain batu permata asli dan kristal asli berwarna biru

Keterangan:

Warna kedamaian, tenang dan relaks. Ia dikenali sebagai ‘colour of distance’ dan dapat membantu menenangkan fikiran. Juga dikenali sebagai ‘communicative blue’.

Kegunaan Terapi:

a)Meningkatkan kreativitas dan kebijaksanaan.
b)Memudahkan untuk mengingati ucapan
c)Membuang racun dalam badan
d)Digunakan untuk melegakan kesakitan, degupan jantung yang tidak normal, bronkitis, asma, demam, sakit kepala, sun burn, kegatalan kulit, susah untuk tidur, dan anak-anak yang terlalu aktif

WARNA UNGU

Jenis Batu Permata/Kristal:

Amethyst dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna ungu

Keterangan:

Gabungan warna merah dan biru. Merah (Yang) adalah panas dan biru (Yin) adalah sejuk. kedua-dua warna ini menyeimbangkan tenaga. Warna ungu mempunyai getaran yang cepat dan dikenali sebagai warna yang menyembuhkan penyakit.

Kegunaan Terapi:

a) Berhubungan dengan sistem saraf, kulit dan rambut
b) Mengistirahatkan badan
c) Anti bakteria – baik untuk merawat jerawat dan ekzim

WARNA PUTIH

Jenis Batu Permata atau Kristal:

Berlian, Zirkon, Batu Kuartza, Batu Kristal dan batu permata asli dan kristal asli lain yang berwarna putih

Keterangan:

Warna putih adalah warna asas dan merangkumi spektrum yang penuh untuk semua warna dan getarannya. Cahaya putih adalah cahaya dari matahari dan mempunyai tahap tenaga tertinggi. Dalam terapi getaran warna, warna putih digunakan dalam semua situasi untuk membantu proses penyembuhan penyakit

Kegunaan Terapi:

a) Warna putih adalah warna utama dalam getaran untuk badan dan minda
b) Boleh digunakan bersama warna lain sebagai penggalak penyembuhan.
c) Juga boleh digunakan jika spectrum warna lain tidak memberikan apa-apa kesan

About these ads

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s